Kelas Ms Word (Ulangkaji Bahagian 1)

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 21 September 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word. Namun begitu kelas pada kali ini lebih memfokuskan sesi ulang kaji iaitu mengulang kembali sesi pembelajaran yang terdahulu.

Antara pengisian semasa kelas ialah pembelajaran tentang penggunaan font dalam Ms Word. Peserta diajar menukar jenis font,menukar size font,meletakkan strike pada ayat, cara menggunakan bold,italic dan underline,menukar warna font, menukar huruf besar dan huruf kecil, menghighlightkan perkataan dan cara menukar perkataan ke wordart. Ulangkaji kali ini memfokuskan penggunaan font dan sesi menyiapkan tugasan sahaja.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali